kerja kosong

Saturday, April 4, 2009

Penulisan Refleksi

Seperti yang kita sedia maklum, penulisan refleksi adalah penting terutama selepas pengajaran itu berakhir. Seorang pendidik yang mengamalkan refleksi selepas mengajaran berpeluang untuk memperbaiki mutu pelajaran dengan lebih baik lagi berbanding dengan bagi sesiapa yang tidak mengamalkannya. Namun begitu, ramai tidak berapa arif dalam penulisan refleksi. Semoga nota yang dikongsi ini sedikit sebanyak mampu untuk mendedahkan kita kepada penulisan refleksi yang lebih baik dalam mempertingkatkan mutu pengajaran.

Semasa menyediakan penulisan refleksi, seseorang pendidik haruslah mempertimbangkan beberapa langkah dan persoalan. Refleksi bukanlah suatu proses yang linear, tetapi kadang kala penulisan refleksi ini menuntut kita untuk bersungguh-sungguh memproses situasi, orang, dan juga tanggapan sekeliling terhadap kita dalam usaha untuk menganalisa dan seterusnya melibatkan mereka untuk tindakan pada masa akan datang. Justeru itu, bahan yang dikongsi ini merupakan panduan untuk menulis refleksi. Semoga anda memperoleh manfaat daripada bahan yang dikongsi ini. Selamat maju jaya........!



Reflection Guidelines

No comments:

Post a Comment