Program Bina Insan Guru adalah program yang wajib diikuti oleh para guru pelatih dalam usaha memantapkan jaitidri guru di dalam guru pelatih itu sendiri. Pelbagai aktiviti dilakukan semasa BIG dijalankan. Selepas menghadiri program ini pasti akan diminta oleh urusetia BIG untuk menhasilkan folio refleksi BIG. Jadi, Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah refleksi individu serta berkumpulan yang biasanya dilakukan oleh guru pelatih selepas menghadiri BIG. Semoga ianya berguna kepada para guru pelatih yang lain.
Berikut adalah sedutan daripada apa yang ingin dikongsikan;
Misal yang bawah ini pasal menjalani aktiviti kerohanian.
" Semasa program Bina Insan Guru dijalankan, sesi kerohanian dijalankan pada pukul 0600 pagi dan 0800 malam untuk guru pelatih bukan islam.
Semasa sesi kerohanian ini dijalankan, saya mendapat banyak input yang berguna. Semasa sesi kerohanian yang pertama pada malam Isnin, kami telah membincangkan tentang siapakah orang yang kita tidak akan lupa ke atas jasanya kepada kita sehingga hari kiamat. Bagi saya orang itu adalah ibu bapa saya sendiri. Betapa besarnya pengorbanan mereka kepada saya. Mereka telah memberikan kasih saying yang tidak berbelah bagi kepada saya dari saya kecil sehinngga sekarang. Bila dikaitkan
Kami juga turut belajar mengenai konsep “cemerlang, gemilang dan terbilang” yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir. Dalam melaksanakan impian negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, guru memainkan peranan yang amat besar. Maka, sebagai bekal untuk mengajar pada masa depan, bakal-bakal guru mestilah menjadi seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang terlebih dahulu. jika tidak sedemikian, wawasan 2020 cuma akan tinggal omong kosong sahaja.
Selain itu, dalam sesi kerohanian yang dijalankan saya turut belajar berfikiran terbuka, logik dan membina. Semasa membincangkan sesuatu perkara dalam satu kumpulan, sikap terbuka adalah sangat penting untuk mengelakkan salah faham berlaku. Kita harus menerima segala kritikan sebagai satu kritikan yang membina. Dalam profesion perguruan, sikap terbuka ini amat perlu kerana kita akan bakal berhadapan dengan pelbagai kritikan daripada murid, masyarakat, dan rakan-rakan setugas sendiri. Dalam mesyuarat, segala perbincangan adalah profesioanal dan terbuka.
Saya berharap saya dapat mengaplikasikan semua input berguna yang telah saya dapat pada masa yang akan datang terutama apabila saya mengajar kelak."
Ini pula pengalaman mengenai latihan senaman pagi
Semasa sesi senaman pagi pada pagi hari rabu, saya pernah termasuk dalam golongan yang tidak berpakaian lengkap, kerana saya tidak memakai tag nama saya. Saya memberi alasan pada diri saya bahawa saya terlupa. Setelah mendengar kata-kata teguran daripada Encik Muhaimi, saya berasa sangat malu pada diri saya. Saya sedar saya tidak sepatutnya mencari alasan untuk menutup kesalahan sendiri, tetapi sepatutnya mengakui kesalahan tersebut. Saya benar-benar tersentuh dengan kata-kata beliau yang mengatakan bahawa orang yang mengakui kesalahan lebih mulia daripada orang yang memberi pelbagai alasan. Selama ini, saya sering mencari pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahan sendiri sehingga kadang-kadang sanggup berbohong. Saya juga turut belajar bahawa orang sentiasa memberi alasan tidak akan maju dalam kehidupannya. Ini kerana kita menjadikan alasan tadi sebagai penghalang bagi mencapai sesuatu pembaharuan dan kemajuan. Kita tidak pernah menyalahkan diri kita apabila kita melakukan kesilapan, tetapi meletakkan alasan-alasan lain sebagai penyebab kesilapan kita. Dengan ini, kita tidak akan pernah memperbaiki kesilapan kita kerana beranggapan kesilapan tersebut bukan berasal daripada diri kita. Di masa yang akan datang, saya akan berusaha untuk mengubah sikap saya dan cuba mengakui kesilapan diri sendiri tanpa memberi alasan-alasan.
Sepanjang program Bina Insan Guru ini dijalankan, saya sangat berasa sangat seronok ketika bersenam pagi. Ini kerana setiap pagi saya akan tertunggu apakah senaman baru yang akan di ajar oleh ahli-ahli kumpulan lain. "
Lepas itu yang ini latihan dalam kumpulan (LDK) punya aktiviti:
Dalam sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami telah diberi ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing. Setiap manusia dianugerahkan potensi yang berbeza-beza oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Cuma manusia tidak menghargai potensi yang diberikan dan tidak pandai menggunakan potensi tersebut. Kita sering melihat dan membandingkan bahawa potensi orang lain lebih baik daripada potensi diri kita. Kita mesti bersyukur dengan anugerah Tuhan yang ada pada diri kita, barulah kita nampak bahawa kita juga ada potensi yang lebih baik dan tidak ada pada diri orang lain. Kita sudah dianugerahkan potensi, maka tanggungjawab kita adalah untuk manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan potensi yang ada pada diri kita itu. Selain potensi yang telah dianugerahkan kepada kita, ada juga potensi yang dapat kita pelajari. Antaranya, sebagai seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik bersama pelajar-pelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini dapat dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni. Oleh sebab itulah wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di Institut Latihan Perguruan.
Dalam sesi seterusnya iaitu sesi motivasi kepuasan kerjaya, kami telah diberikan satu senarai sebab kami memilih guru sebagai kerjaya mengikut keutamaan sebab itu. Sesi ini dijalankan bagi meningkatkan motivasi diri seseorang terhadap kerjaya yang dipilihnya. Setiap orang memilih kerjaya berdasarkan Faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor inilah yang menjadi pendorong atau motivasi kepada diri seseorang untuk melakukan yang terbaik dalam kerjayanya. Faktor-faktor ini biasanya dibuat berdasarkan kepentingan, kecenderungan dan minat seseorang itu. Ada orang suka sesuatu pekerjaan kerana suka sesuatu yang mencabar. Ada yang suka pekerjaan yang menyeronokkan, bergaji tinggi atau yang menjamin masa depan mereka. Sebagai seorang guru, apa yang paling penting adalah anak murid yang kita ajar bukannya ganjaran. Keikhlasan semasa mengajar sangat penting supaya semua ilmu yang kita ajar dapat diterima dengan baik oleh pelajar kita."
Sekarang yang aktiviti air and kembara pula:
Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, mula-mula saya terfikir ia tidak sukar sangat.namun, apabila berhadapan dengan keadaan sebenar, ia tidak seperti yang disangkakan. Ombak yang kuat dan bertalu-talu menghalang pergerakkan untuk mengapungkan diri dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Saya tertelan air masin berkali-kali. Setelah dipukul ombak beberapa kali, saya mula berasa letih dan putus asa. Namun, berkat pertolongan dan sokongan kawan-kawan serta fasilitator, Encik Hamadi, akhirnya saya kembali bersemangat. Saya tidak kisah berapa besar ombak yang melanda, saya tetap bersemangat. Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan fasilitator yang telah banyak menolong saya. Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, laut ibarat kehidupan kita. Ombak ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita. Ada kalanya laut tersebut tenang tanpa ombak, sama seperti ketenangan dalam kehidupan kita. Adakalanya laut tadi bergelora dek ombak yang mangganas, ia umpama kehidupan kita yang didatangi masalah, rintangan atau dugaan. Namun, sebesar manapun ombak tersebut, kita mesti menghadapinya untuk mengatasi ketakutan kita. Ia sama dengan kehidupan kita, walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita mesti menghadapinya dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di lautan.
Selain itu, saya mempelajari bahawa kawan amatlah penting dalam kehidupan kita. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya. Sekiranya tiada kawan-kawan yang menolong semasa menghadapi ombak yang besar, pasti saya akan mengalah. Kehadiran kawan-kawan disekeliling saya telah memberi keberanian kepada saya. Saya juga melihat ramai kawan-kawan lain yang mengalami keadaan yang sama seperti saya, malah ada yang lebih takut lagi. Namun, dengan adanya kawan-kawan lain dengan mereka, mereka berjaya melawan ketakutan tersebut. ketakutan ini dapat diatasi kerana percaya kepada kawan. “Kawan akan menolong kawannya”, bersandarkan kepada pegangan ini, ketakutan kepada ombak yang besar itu dapat dilawan kerana kepercayaan kepada rakan yang pasti akan menolong kita.
Semasa kami mula berkayak, saya berasa sangat teruja untuk mencuba. Namun, setelah melihat kawan-kawan yang lain gagal untuk menuju ke bebola pelampung yang ditetapkan, saya berasa keyakinan saya bertukar menjadi ketakutan sedikit demi sedikit. Tambahan lagi, kawan-kawan yang mencuba tersebut ialah pelatih lelaki. Saya berfikiran, sekiranya lelaki yang lebih kuat daripada perempuan tidak mampu berkayak melepasi ombak tersebut, apatah lagi seorang perempuan. Saya melihat beberapa kali kayak yang dinaiki kawan-kawan dipukul ombak sehingga terbalik dan diseret kembali ke pantai. Namun, mereka tetap mencuba. Saya melihat kegigihan dari riak muka mereka. Apabila 2 orang pelatih perempuan berjaya berkayak menuju ke bebola pelampung yang ditetapkan, saya mula bersemangat semula. Malah, mereka merupakan yang pertama berjaya sampai ke destinasi yang ditetapkan. Saya berasa bangga dengan mereka. Ini mengubah fikiran saya bahawa perempuan juga boleh melakukannya. Yang paling penting ialah ilmu mengemudikan kayak dengan cara yang betul , bukannya kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita sebelum mencuba, kerana mencubalah yang akan menilai kebolehan kita. Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan lautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam diri kita, mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah apabila mengajar kelak.
Saya mencuba sebanyak 5 kali sebelum berjaya. Pada percubaan pertama hingga keempat, saya hamper putus asa. Namun, saya kuatkan semangat untuk mencuba sekali lagi. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman berjaya melepasi ombak-ombak. Pada masa itu, saya berasa sangat teruja dan gembira. Berkat usaha dan penat lelah, akhirnya berjaya juga. Dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Walaupun, kadang-kadang kita karam seperti menaiki kayak tadi, namun kita harus bangun dan bermula semula. Jika kita tersilap mengemudikan kayak, jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk mengubah cara kita mengemudikan kayak kita pada percubaan yang kan datang. Begitu juga dalam hidup ini, sekiranya kita gagal kerana kita tersilap langkah, maka jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang kembali kesilapan tersebut pada masa yang akan datang.
Akhir sekali, walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.
Selain itu, saya turut merasa pengalaman berlakon menjadi seseorang yang sakit atau tercedera di dalam hutan.kawan-kawan yang lain terpaksa mengusung saya menuju ke destinasi yang seterusnya. Mula-mula saya berasa sangat takut dan risau dengan kemampuan kawan-kawan saya. Saya takut mereka akan tersadung atau terlepas usungan lalu menyebabkan saya terjatuh. Namun, setelah melihat kesungguhan mereka mengangkat saya, barulah saya mula sedar yang saya sepatutnya mempercayai mereka. Mereka bertungkus lumus dan saling bekerjasama mengusung saya. Pengalaman ini turut mengajar saya untuk bertindak sekiranya ada kawan yang mengalami keadaan yang serupa ketika berada di dalam hutan. Ini amat berguna sekiranya saya sudah mengajar kelak, terutama ketika mengiring pelajar-pelajar mengadakan perkhemahan dalam hutan atau sebagainya.
Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan curam, kawasan batuan yang licin dan berbahaya dan banyak lagi halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan .Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya."
Sesi terakhir adalah penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Kita haruslah menerima diri kita seadanya. Dengan sikap begini, kita dapat memberi penghargaan yang terbesar kepada diri kita sendiri. Namun, setiap sikap yang ada pada diri kita tidak semestinya baik dan mantap. Oleh itu, kita haruslah bersedia untuk melakukan perubahan kepada sikap kita. Tidak dapat dinafikan, sikap merupakan salah satu elemen diri yang amat sukar untuk diubah. Tambahan lagi, untuk mengubah yang buruk kepada yang baik. Namun berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari dalam diri kita sendiri, mudah-mudahan usaha kita akan berjaya. Selain itu, kita memerlukan dorongan dari sekeliling kita untuk berubah. Ini kerana, manusia mudah terpengaruh oleh pelbagai anasir yang menghalang perubahan sikap mereka. Orang disekeliling memainkan peranan penting untuk menyokong dan mendorong perubahan sikap mereka. Sebagai seorang guru, apabila ada anak murid kita yang ingin berubah, kita hendaklah menunjukkan kita turut bersetuju dengan perubahannya. Sikap merendah-rendahkan perubahan atau pencapaian pelajar akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan tidak ada keyakinan untuk berubah.
LAPORAN BIG
Berikut adalah sedutan daripada apa yang ingin dikongsikan;
Misal yang bawah ini pasal menjalani aktiviti kerohanian.
Untuk sesi kerohanian yang ketiga iaitu pada pagi rabu, kami telah belajar mengapa kita mesti menyayangi alam sekitar atau orang di sekeliling kita. Sebagai manusia kita tidak boleh bergantung kepada diri kita sendiri sahaja. Interaksi dengan orang lain atau alam sekitar yang ada di sekeliling kita adalah sangat penting. Ini adalah untuk keharmonian hidup bersama. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita mestilah manyayangi orang-orang dan alam tempat kita mengajar kelak. Dalam hal ini, ada sesetengah kaum atau orang yang sanagt sukar menerima orang luar dalam masyarakat mereka. Bagi saya, sebagai guru kita mesti pandai mengambil hati mereka untuk menerima kita di tempat mereka dengan memahami adat resam dan budaya mereka terlebih dahulu. Selain itu, ini mengajar saya supaya bersikap rendah diri apabila berada di tempat orang.
Ini pula pengalaman mengenai latihan senaman pagi
"Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir mengetuai kami untuk melakukan senaman. Selain menyihatkan badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang kreatif dan menyeronokkan.
Antaranya ialah menarik nafas secara tai chi yang mempunyai pelbagai gaya seperti mengangkat bola dragon ball, membelah tembikai dan mangangkat pasu. Cara menarik nafas ini amat seronok dilakukan kerana amat berbeza dengan cara menarik nafas yang biasa. Sebagai seorang bakal guru sekolah rendah, cara senaman ini amat sesuai kerana murid-murid pada peringkat umur mereka sangat suka mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya kita melakukan sesuatu senaman yang sama, ini akan menyebabkan mereka berasa bosan dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku secara efektif lagi
Saya juga turut mempelajari satu senaman yang mengaplikasikan tarian dan nyanyian iaitu lagu ‘King Kong’ yang dinyanyikan sambil menari. Semua orang akan merasa teruja dan gembira apabila menyanyikan lagu tersebut. Ini menyedarkan saya bahawa seorang guru yang kreatif akan dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Jika pelatih seusia saya berasa seronok untuk melakukan gerakan tersebut, apatah lagi murid yang berada pada peringkat sekolah rendah. Semasa mengajar, kepelbagaian cara mengajar amat penting untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar.
Lepas itu yang ini latihan dalam kumpulan (LDK) punya aktiviti:
"Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah menjalani 3 aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu mengenali potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Saya telah belajar banyak perkara yang beru melalui LDK tersebut.
Dalam sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami telah diberi ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing. Setiap manusia dianugerahkan potensi yang berbeza-beza oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Cuma manusia tidak menghargai potensi yang diberikan dan tidak pandai menggunakan potensi tersebut. Kita sering melihat dan membandingkan bahawa potensi orang lain lebih baik daripada potensi diri kita. Kita mesti bersyukur dengan anugerah Tuhan yang ada pada diri kita, barulah kita nampak bahawa kita juga ada potensi yang lebih baik dan tidak ada pada diri orang lain. Kita sudah dianugerahkan potensi, maka tanggungjawab kita adalah untuk manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan potensi yang ada pada diri kita itu. Selain potensi yang telah dianugerahkan kepada kita, ada juga potensi yang dapat kita pelajari. Antaranya, sebagai seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik bersama pelajar-pelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini dapat dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni. Oleh sebab itulah wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di Institut Latihan Perguruan.
Sekarang yang aktiviti air and kembara pula:
Pertama kali sampai ke pantai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang luas dihadapan saya. Bunyi ombak yang kuat amat mengasyikkan. Ombak yang tinggi, besar dan kuat menyedarkan saya betapa kerdilnya diri saya dalam dunia ini. Saya pandai berenang, namun apabila berhadapan dengan keadaan laut yang sedemikian saya hilang keberanian dan kekuatan.
Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle trekking semasa Program Bina Insan Guru, saya tidak merasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti yang sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu.
Hutan Santubong sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan. Pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tersebut. Udara amat segar dan nyaman. Hutan yang menghijau dan cantik, di tambah dengan bunyi unggas, daun dan air terjun semulajadi merupakan satu tarikan yang amat menarik. Namun, kita tidak boleh menilai sesuatu berdasarkan paras rupa yang cantik sahaja. Misalnya, batu-batu yang besar dan licin amatlah berbahaya jika kita tidak berhati-hati. Ini mengajar saya tentang kehidupan kita agar jangan menilai sesuatu berdasarkan kecantikan luaran sahaja. Manusia sering terperangkap dengan kecantikan, dan terlepas pandang nilai-nilai dalaman yang jauh lebih baik. Pengajaran yang saya dapat di sini ialah jangan membuat pilihan berdasarkan rupa yang dapat kita lihat, tetapi lihatlah juga nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam pilihan kita itu.
Semasa jungle trekking ini, kami berjalan berpandukan arah kompas. Ketua kumpulan telah diamanahkan untuk memegang kompas dan memandu arah kumpulannya. Ini bermakna ketua kumpulan memegang amanah yang sangat besar. Kerjasama daripada ahli-ahli yang lain amatlah penting. Setiap ahli kumpulan saya menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada ketua umpulan saya. Walau kemanapun dia membawa kami berjalan, kami tetap menghormati dan menuruti arahannya. Dalam situasi ini, adalah amat sukar jika wujud lebih daripada seorang ketua dalam satu kumpulan. Dalam situasi kehidupan sebenar pun, kita tidak boleh mempunyai lebih daripada satu ketua. Kita mesti memberi kerjasama kepada seorang ketua sahaja. Malah dalam agama mengatakan, kita tidak boleh bertuan dua kerana kita pasti akan menyanjung seorang salah seorang, dan tidak mengindahkan seorang lagi.
Walaupun kumpulan saya telah tersesat, namun kami saya tidak mempersoalkan kebolehan ketua kumpulan kami, jauh sekali mempersalahkannya. Bagi saya, dia telah melakukan yang terbaik untuk memimpin kumpulannya. Cuma, setiap apa yang kita lakukan tidak semestinya sempurna dan berjaya. Saya mengagumi kewibawaan ketua kumpulan saya. Pengalaman tersesat ini bukanlah satu pengalaman yang memalukan atau mengecewakan, namun ia merupakan satu pengalaman yang amat bernilai yang tidak berpeluang dirasai oleh kumpulan yang lain. Sememangnya kesabaran tergugat sedikit lantaran sudah penat berjalan, namun semangat berkumpulan menjadikan saya kuat. Melihat kawan-kawan yang ceria walaupun tersesat, hati saya turut merasa gembira.
Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik. Kami saling tolong menolong untuk mengangkat barang-barang. Dalam keadaan dunia sekarang, kita akan mula mementingkan diri dalam dua keadaan iaitu terlalu gembira dan kesusahan. Apabila kita gembira perasaan tamak menguasai diri kita dan kita mula melupakan orang disekeliling kita. Apabila kita berada dalam kesusahan atau keletihan, kita juga akan mula memikirkan tentang cara untuk membebaskan diri kita daripada kesusahan atau keletihan tersebut. Saya sangat kagum dengan sikap kawan-kawan lelaki dalam kumpulan kami atas kesanggupan mereka mengangkat barangan yang berat. Mereka tidak mengeluh walaupun keletihan. Mereka langsung tidak mementingkan diri mereka sahaja. Sikap ini mengajar saya agar tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya melihat juga kesusahan orang lain. Kita mesti saling menolong antara satu sama lain selagi kita bernafas di dunia ini.
LAPORAN BIG
btol2x...mmbntu,,tQ
ReplyDeletesama-sama
ReplyDelete